Rajin baca la , drop coment yau !


About Me

My photo
Wahidatul Akmar Ahmad Kamal . Pendosa yang tidak pernah alpa untuk memohon Cinta DIA . Moga Allah Redha Jalanku . Moga Allah Paut Hatiku . Moga Allah Sudi Dekat Denganku . Walaupun aku Pendosa , namun aku yakin , harapanku selalu ada :) Allah , Iringi setiap derap langkahku . Moga Ianya Penuh Redha ^^

Friday, June 10, 2011

Mengapa ya ?

باسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ~
ya Allah..mengapa hati ini ya Allah..
lembutkan ia ya 'azzim..
jauhi hatiku daripada gangguan syaitan ~
nyahkan ia dari dalam hatiku..
jangan kau izinkan dia menggoda imanku..

Mengapa ya ? 
wahai hati..mengapa engkau ? segala ujian datang dari Allah..
kenapa engkau seolah tidak boleh menerimanya?
wahai hati,sedarlah engkau..terlalu bnyak nikmat yang telah DIA beri..
bersyukurlah wahai hati..
wahai hati, bersihkah engkau ?


pernah tak antum rase bagaimana peritnya ujian Allah ? pernahkan ? takkan ade yang akan berkata "tidak " kerana semua orang-orang beriman pernah merasakannya..

"jangan kata kamu telah beriman sedangkan kamu belum diuji"

" senang la kau kata ! kau tak rase ! "


" alah ! kau tau ape tentang perasaan aku ! kau tak tahu !"


" kau takkan dapat rase la..kenapa Allah buat aku macam ni."


" kenapa Allah hukum aku macam ni,? kata Allah tu maha pemurah? "


hati-hatilah bila berbicara..dengan bicara jugalah akidah dan iman bisa jatuh ~ :) sama-sama muhasabah,khusunya buat ana kerana tangan ana yang sedang menaip ini bergerak menaip mengikut kata-kata yang lahir dari hati ana..:) dan hati ana lbih hmpir dgn diri ana..:D

 sahabatku sayang..

sememangnya ujian Allah itu sentiasa datang untuk hamba-hamba NYA..tetapi,sahabat cuba renungkan..:) seberat manapun,seperit mana pun..malah sepahit mana pun ujian yang DIA beri..adakah segala nikmatnya ditarik ? tidak bukan ? ana berikan contoh..Allah memberikan ujian kepada kita,dengan menarik kesenangan yg kita dapat..kesenangan tersebut jua datangnya dari Allah bukan ? sewaktu kita dilanda kesusahan..adakah Allah menyekat nafas kita ? adakah Allah mengaburkan pandangan kita ? adakah Allah melumpuhkan perjalanan kita ? tidak kan ? disini kita dapat melihat bahawa, Allah hanya menguji keimanan kita..Allah hanya mahu melihat tahap kesabaran kita dan mahu melihat sejauh manakah cinta kita terhadapNYA..

sahabat..sejauh mana cinta kita kepadanya ? apakah dia cinta kepada Allah ? bukan hanya berada dalam alunan lidah yg tidak bertulang ~ tetapi..disisipkan jauh disudut hati..dimana disitulah layaknya Allah kita letakkan :) bukan dengan hanya melafazkan..

"aku cintakan Allah"

"cinta aku hanya untuk Allah"

" hatiku ini hanya untuk Allah"

cinta kepada Allah adalah sesuatu yang terindah dan cinta itulah yang paling sempurna ! :D tamam ! :) tetapi berapa ramaikah antara kita sebagai hambanya mengejar cinta abadi ini ? cinta teragung ini ? berapa ramaikah ? muhasabah kembali..Allah tersangat-sangat baik ! DIA sentiasa mencintai hambanya walaupun hambanya sentiasa tidak mempedulikanNYA..lihat lah !  pemurahnya Allah sentiasa melimpahkan rasa cintanya kepada kita..masyaAllah..


apa bukti Allah tu cintakan kita ? tak nampak pun !

buktinya adalah, Allah tidak menarik segala apa yang diberikan kepada engkau sehinggakan..
engkau masih mampu berdiri sekarang ? bagaimanakah engkau bisa berdiri ?
atas kehendaknya bukan ? nafas yang engkau hembus dan sedut semula adalah dari NYA juga kan ?
apakah engkau tidak melihat betapa cintanya DIA pada kau ?


cinta kepada Allah ialah,bilamana seseorang itu melakukan sesuatu hanyalah semata-mata keranaNYA..hanya untuk mendpatkan keredhaanNYA..yang dikatakan cinta kepada Allah ialah,apabila hambanya mencintai sunnah kekasih Allah,kerana Allah pernah berkata " jika kau mahukan cintaku,kau cintai dahulu kekasihku" ..yang dikatakan cinta kepada rasulullah itu adalah apabila ummatnya mencintai ahlul bayt kekasih Allah,.kerana kekasih Allah yang mulia pernah berkata " jika engkau mahukan cintaku,kau cintailah dahulu ahlul bayt ku" :) cintailah mereka ! mereka yang sentiasa memperjuangkan perjuangan Rasulullah.memartabatkan dan menaikkan nama islam dikemuncak dunia..:D

kenapa Allah bagi aku kesusahan ? kenapa Allah sempitkan hidup aku ?


Allah beri engkau kesusahan sebagai ujian..dan Allah berikan engkau kesempitan kerana Allah tiadak mahu engkau hanyut dalam kelapangan,sesungguhnya Allah lebih mengetahui tindak tanduk hambanya sedangkan engkau tidak mengetahui..


aku bersyukur Allah memberikan aku kelapangan ~


bersyukurlah atas nikmatNYA..sentiasalah bermuhasabah dan mengingatiNYA..Allah memberikan engkau kelapangan kerana Allah tidak mahu engkau hidup didalam kesempitan..maka,bersyukurlah engkau ataas nikmatnya..jangan pula kau dustakan nikmatNYA,,kelak kau akan binasa..


kenapa Allah tak bagi aku senang ? tak pulak bagi aku susah..tapi sederhana ?


Allah tidak memberikan engkau kesenangan malah Allah juga tidak memberikan engkau kesusahan adalah kerana,Allah tidak mahu engkau bergantung harap selain daripadanya..bersyukurlah engkau kerana tidak mmberikan kesenangan juga kesusahan ~


Bersyukurlah diatas setiap apa yang diberikan ~
sekalipun anda diberikan 'kesusahan' dalam hidup..
kerana ,dia lebih mengetahui apa yang dilakukan sedangkan kamu tidak mengetahuinya ~
sentiasalah bersabar menerima segala yang diberikan..
sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar..:)

Daripada syeikh Atha'illah as-shakandary dalam kitabnya al-hikam ~
Allah melapangkan hidupmu supaya kamu tidak berada dalam kesempitan,
Allah menyempitkan hidupmu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan,
Allah melepaskan kedua-duanya supaya engkau tidak bergantung harap
selain daripadanya.. 


sebagai perkongsian dan renungan untuk kita semua ~ ada hikmah disebalik ujian dan ada rahmat disebalik dugaan ~ salam muhasabah ~ :)

jom2 kite muhasabah ~ :)

Tuesday, June 7, 2011

matahari (masyitah)

kau mentari hati,
menyinar terang gelita hidupku,
kau sinar penyaman kalbu,
lapang senang datang menyerbu.
kau mentari hati,
didalam jiwa hanya satu,
kau sumber tenaga,
memancar kekuatan dalam langkah.
Maka haruslah dikau menyinarkan cahaya,
ibarat masyitah zaman musa.,
yang teguh terjun kedalam didihan syurga,..

Ya Allah ! letihnyaaaaa~
Hariz Arifi membentak dalam hati.Tali leher yang sudah dilonggarkan ,ditarik.Kunci dicabut dari tempatnya.Briefcase diambil dari tempat duduk belakang sebelum dia membuka pintu dan keluar dari keretanyaa.
 Kerja yang menimbun di universiti tadi membuatkan kepalanya sedikit berpinar.Perlahan-lahan dia mearik nafas menghirup udara segar dihalaman rumahnya yang menghijau.Sebelah tangan yang tidak memegang beg dialihkan ke belakang leher,lalu diurut-urut perlahan.
 " isy.isy,kenapa gaya macam tak makan setahun saja ni ?"
 satu suara lembut menyapa gegendang telinga.Pantas Hariz menoleh ke arah pintu rumah.Matanya terpaku di situ.
 seorang wanita bercermin mata,bertudung labuh,bersama baju lengan panjang yang labuh dan seluar riadah.Nampak sederhana.Mungkin sahaja orang lain akan menyatakan bahawa wanita ini biasa sahaja,tiada yang istimewa.Namun,bagi Hariz Arifi,wanita yang berada dihadapannya adalah satu-satunya bidadari yang wujud didunia fana ini.
  Tanpa sedar,kakinya melangkah kearah wanita tersebut.Wanita itu sedikit terkejut melihat Hariz Arifi yang semakin mendekati.Beberapa langkah kemudian,jarak antara Hariz Arifi dengannya tinggal sejengkal sahaja.Dia terpaksa mendongak sedikit untuk memandang Hariz Arifi yang lebih tinggi berbanding dirinya.
 "kenapa ?"
  wanita itu bersuara,teragak-agak.Kebisuan Hariz Arifi membuatkannya tertanya-tanya.
 Hariz Arifi meletakkan beg di tangan.Sekali lagi dia memandang wanita itu dengan sedalam-dalam pandangan.Wanita itu mengangkat kening .Ada yang tak kenakah ?. hati bertanya.
 Tiba-tiba Hariz Arifi menggores senyum.Terus dipeluknya wanita itu seerat-eratnya.
 "tata, rindunya saya pada awak ! " sambil menggoyangkan tubuh perempuan itu kekiri dan kekanan.
 "apa hal buat gaya seribu tahun tak jumpa ni ? Terhantuk stereng kereta ? Malulah orang nampak. Kita dihadapan rumah ni.
 Wanita itu terkejut dengan reaksi Hariz Arrifi.Spontan kedua-dua belah tangannya bereaksi untuk menolak tubuh Hariz Arifi.Hariz Arifi perlahan-lahan meleraikan rangkulannya.Senyumannya masih belum hilang.Mata mereka bertemu.
  "Tata, apabila ssaya tengok wajah awak,semua kepenatan saya hilang" Hariz mencubit kedua-dua pipi wanita dihadapannya.
 "iyalah tu.Cukup-cukuplah dengan jiwang karat awak tu.Lemas saya." wanita itu menarik kedua-dua belah tangan yang mencubit pipinya,kemudian menunduk mengambil beg Hariz Arifi tadi.
  "lagi satu.sejak bila nama saya jadi Tata ni hah ? Ingat bas Tata Matri kah ?" dia mencebik sebaik sahaja berdiri tegak semula.
 Senyuman hariz Arifi semakin melebar."Masyitah,jadi Tata.Itu panggilan manja saya pada awak."
Wanita yang bernama masyitah itu berpaling dan perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam rumah.
"comel apa.Tata. cute ! "
 "habis tu awak, saya panggil Haha, hendak tak ?"
Masyitah memandang Hariz Arifi yang kini berjalan beriringan dengannya kebilik.
 Pecah ketawa Hariz. "comel jugak tu.Tata dan Haha.kalau ni status facebook,saye dah 'like' awal-awal lagi "
"senget !" Hariz ditolak lembut.Akhirnya Masyitah juga ketawa.
"saya tak mahu Tata.Saya hendak Masyitah.Harapnya boleh jadi Masyitah seperti zaman nabi Musa"
 Tawa Hariz Arifi terhenti.Bertukar dengan senyuman manis.
 "saya doakan awak,semoga mampu mencapainya Tiara Masyitah.
 Masyitah turut tersenyum.
Sesampainya dihadapan tangga,Masyitah hendak naik tetapi Hariz menuju kedapur.
 "eh hendak kemana ? tak hendak naik dulu ?
Langkahan Hariz terhenti.Matanya menyapa wajah Masyitah.Kemudian perlahan-lahan dia menggeleng.
 "Puan Masyitah,saya hendak pergi memasak.Saya tahulah awak kaki diet.tapi takkan tak hendak makan langsung ? Tak benarkan saya kedapurkah ?"
Tanpa menunggu jawapan, Hariz Arifi bergerak ke dapur meninggalkan Masyitah dengan senyuman.
Masyitah menggeleng.
Baru tadi buat muka macam orang tidak makan seribu tahun.
  Balik memasak pula ? Ini yang aku tidak mahu dulu.
Isy !
Akhirnya langkah diorak naik untuk meletakkan beg,tidak menghiraukan desiran hati.Namun perasaan itu tidak akan hilang begitu sahaja.Semestinya.
 Memang namanya Masyitah.
 Namun dia bukanlah sebaik Masyitah pada zaman Nabi Musa.Hanya berharap untuk menjadi seperti itu sahaja.belum tahu mampu mencapainya atau tidak.
"kahwin dengan Hariz Arifi ?" matanya membesar terkejut.
" Em dia berhajat  kepada Masyitah.Apa pandangan Masyitah ?" ibu bertanya lembut.
"eh tak hendaklah" segera dia menjawab.
"kenapa?" 
"errr.." bagaimana hendak menjawab soalan 'kenapa' ini ya? sepatutnya pertanyaan itu dilontarkan kepada Hariz Arifi.'kenapa' dalam banyak-banyak perempuan di dunia ini,dia yang menjadi pilihan hati ?
 "syitah tidak sedia, ibu.Syitah muda lagi.Baru habis SPM.Lagipun..." ibarat bertih jagung,pantas dia memberikan alasan.Hatinya semacam dihimpit-himpit dengan tekanan yang amat berat..
 " lagipun ?"
"Dia Hariz Arifi.ibu bukan tidak kenal siapa Hariz Arifi."
 Ya.Hariz Arifi.Beberapa tahun lebih tua daripadanya.Masyitah kenal akan dia.Merupakan senior disekolah lamanya,tetapi kini, bukan sedikit orang yang mengenali nama itu.Umur masih muda tetapi Pemikirannya kadangkala menakjubkan para veteran dalam kehidupan.Gerak langkah pemuda itu pantas.Kerja pemuda itu ialah memperbaiki diri sambil mengajak manusia kembali  kepada Allah s.w.t. Semua itu dilakukan semasa belajar diluar negara.Hari ini,nama itu semakin meningkat naik di Malaysia.Hampir semua kawan Masyitah mengenalinya.Begitu juga dengan jiran-jirannya.
 'Kahwin dengan orang macam itu?'
mampukah aku?
 Diri banyak perkara masih perlu dibaiki.Masih terlalu muda untuk tanggungjawab.Masih ingin berseronok.merasa itu dan ini.Kahwin ? umur baru 18 !
 Serabut kepala memikirkannya.
 Kenapa tak pilih mana-mana pembawa usrah disekolah mereka dahulu yang kini aktif  di Universiti masing-masing?
 Kenapa dia ?
 "ibu tolaklah ya ?"
Ibu menghela nafas."baiklah masyitah.Ibu ikut sahaja kehendak Masyitah,tetapi ibu suka dengan Hariz itu "
Masyitah diam.Masalahnya,aku tak mampu.Muda lagi.Ini satu hal.Hal yang lebih besar,aku ini tak sama macam Hariz itu.Aku tidak sebaik Masyitah,penyisir rambut anak Firaun !


pap !
Imbasan kenangan pecah begitu sahaja.Kedua-dua belah telapak tangan Hariz bersatu dihadapannya.Terus ditolak lelaki itu.
"Awak ! "
"termenung ape ? sampai saye datang pun awak tak perasan.Teringat saya ya? "'
"Tekan lif.Naik sendirilah ! "
Masyitah memuncung.Matanya kembali menatap nota-nota diatas meja jepun.Sempat bola matanya menyapa buku-buku yang berselerak dan komputer riba yang hidup pada tempat yang sama.penuh meja jepun itu dengan keperluan studinya.
Hariz menarik garisan manis pada bibir.Tubuhnya dirapatkan dengan tubuh masyitah.
" ini kenapa? Encik Hariz Arifi,Tiara Masyitah mahu belajar.Minggu depan saya final exam."
 "Garangnya" pipi masyitah ditarik lembut.
"Awak,daripada kacau saya,baik awak buat tesis awak.Kata hendak habiskan Master sama-sama dengan saya graduasi."
 " Tesis saya sudah hampir siap.Itu sebab saya kacau isteri ter 'chenta' ini "
"jahat !"
pantas sebelah tangan Masyitah mencari pinggang Hariz. Hariz mengelak dengan segera.Akhirnya merela berdua ketawa.Masyitah sampai menggeleng.
" Tadi fikir apa ? saya keluardapur,masuk dapur,keluar dapur semula,awak masih termenung lagi.Susah sangat ke belajar sampai terfikir hendak melancong ke zarguskah ?"
 "Ada pula macam tu ? ingat orang belajar sampai sewel ?" Masyitah sengih.
 "Manalah tahu"
 "Teringat awak propose pada ibu "
 " Oh"
suasana sepi sebentar.Bunyi desiran kipas mengisi ruang.
 " Akhirnya,kahwin juga kita ya? " Hariz menatap Masyitah.
 Masyitah mengangguk perlahan.Perkahwinan mereka baru berusia setahun setengah.Hariz Arifi sudah hampir menamatkan Master nya, manakala Masyitah pula sudah hampir menyelesaikan ijazahnya.
 " Menyesal tidak ?" Tiba-tiba masyitah melontakan soalan,mengundang angkatan dua kening Hariz Arifi.
 "Menyesal ?"
"Kahwin dengan saya ? "
Hariz Arifi tersengih.Kemudian menggeleng." Tidak pernah menyesal."
"Betul ?kahwin dengan orang tidak pandai masak,tidak solehah,tidak menonjol dalam bidang dakwah dan tarbiyah." Masyitah mengangkat satu persatu jarinya seakan membilang.Hariz setia mendengar.
" Tidak banyak hafal al quran.tajwid pun tidak hebat,hari-hari kena kejut subuh,ibadat sunat kurang,tidak penyayang, asyik belajar sahaja,tidak pandai layan awak,tidak....."
 Bicara Masyitah terhenti disitu.Jari telunjuk Hariz Arifi sudah melekat di bibirnya.Mata mereka bertemu.
"saya tidak perlukan semua itu.Bukankah saya dah kata sebelum khawin,yang saya mahu daripada awak,hanyalah awak berada disisi saya sahaja.saya tidak minta lebih daripada itu "
 Jari telunjuk itu diturunkan.Kedua-dua belah tangannya kini mencari tangan Masyitah.Memegang erat tangan lembut itu.
 " untuk saya,cukup sekadar awak bernafas disisi saya.Biar sayayang masak,Biar saya yang kemas rumah,Biar saya yang baca Quran untuk awak,Biar saya hari-hari kejut awak subuh,Biar saya yang penyayang,Biar saya yang ambil berat,Biar saya yang asyik layan awak, biar saya buat semua." Hariz Arifi menyempurnakan bicara.
" Saya bukan Masyitah zaman Nabi Musa.Setahun setengah ni,saya banyak menyusahkan awak,lebih-lebih lagi dalam hal dakwah dan tarbiyah.Sahabat-sahabat lain yang macamawak,isteri mereka semuanya hebat-hebat,semua kehadapan bersama.saya..." Masyitah menunduk.
" Mana ada awak tidak bantu dakwah dan tarbiyah?"
" Eh?  ada saya bantu ?" Masyitah berfikir.Ada bagi ceramah ? Tidak ada. Ada bagi idea ? pun tidak ada.Ikut programsebagai orang biasa, adalah.Menjadi penggerak pemikir tidak pernah..
" Ada,apabila awak disisi saya,saya jadi kuat.Bila saya jadi kuat,saya lebih semangat dalam melaksanakan dakwah dan Tarbiyah.Apabila saya bersemangat,kerja-kerja dakwah dan tarbiyah berjalan lebih lancar.Apabila kerja-kerja dakwah berjalan lancar,Insya-Allah ramai akan mendapat manfaat."
Masyitah terpana.Garis manis pada bibir Hariz tidak pudar.Tangan hariz semakin erat memegang tangannya.
"bukankah awak telah membantu ? tidak puas hati lagi ?" Hariz merapatkan dahinya ke dahi Masyitah.wajah Masyitah kemerahan.
" Tapi..."
" Tidak ada tapi-tapi lagi.Eh,kenapa awak fikir benda ini hari ini ?sudahlah. minggu depan hendak final exam.Nanti serabut kepala.Mari makan.Saya sudah siap hidang didapur.Hari ini saya masak special.sotong masak sambal kegemaran awak."
Hariz bangun.Masyitah diam.Tidak mampu berkata apa-apa.
" Hm,bangun  pun hendak saya tolong ? Romantiknya.." Hariz menghulurkan tangan apabila Masyitah tidak bangun-bangun.
Masyitah mencebik " Senget.".Masyitah menyambut tangan Hariz,dan suaminya itu membantu dirinya untuk bangun.Mereka berjalan beriringan ke dapur.
Hariz ketawa.Dialam hati dia bahagia. Bahagia apabila bidadari jiwanya bahagia.Tiada apa yang lebih mendukakan dirinya melainkan kedukaan bidadari jiwanya ini.
Entah mengapa Allah memberikan perasaan ini kepadanya.
Kepada seorang tiara Masyitah.

ana harap baitul muslim yg seperti ini..:D


Monday, June 6, 2011

jangan suruh..saye tau nak buat.. :)

assalamualaikum warahmatullah ~ keifa halukum ya antum2 smua.. ? harap sihat2 blake lah ye..:) lame dah tak posting..ha kali ni..ana nak posting tentang "kerja rumah" ..kalo untuk muslimin tak berminat,taksoh la baco deh..kalo minat ugop..silokae baco..bhehehe^^, senanye..ana terlintas nak tulis ni..sbb adegan pagi tadi laa..~ tentang ape ? no need to know..but..ckup lah skadar isunye..iaitu..isu kerja rumah..jom2..kita terjah..huhu


tolong jangan suruh ! ana tau la nak buat senidri !


untuk para akhwat..antunna2 mesti pernah disuruh buat kerja rumah kan ? tak suruh pun xpe..dah itu mmg keje kite bile duduk rumah kan3 ? tapi,pernah tak antunna rase mcm "panas" bile disuruh buat ssuatu perkara yg sememangnya antunna nak buat..cume antunna perlukan sdikit mase "rehat" sblum buat ssuatu perkara tu..pernah tak rase ? mgkin ade yg pernah,ade yg rase.."biase saje"..ok..stiap org lain2 perasaannye kan..tapi untuk ana..


jangan suruh ! ana akan buat !


bile ? 
jangan risau la..apepun ana akan buat jugak ! 


perkara yang ana tak suke bile duduk dirumah ~
 bende yang paling ana tak suke bile dduk rumah ialah..apabila :-


~rumah tersebut bersepah (actually,bile dok umah org pun,sepah2 ana tak mnat sgt..tapi dsebbkan yg tu umah org.ana pedulikan la..mksudnya..kene wat tak tahu je..kite bukan ade hak kan..:) jadi,nak bgtau..tak smua ape yg kite buat..org suke..kan3 ? kalo dekat rumah sndiri ! ana rimas kalau bersepah, jadi kalau rumah tu bersepah..jangan suruh ! saye tau nak kemas ! c(: nmpak mcm sdikit kejam..tapi,yg tulah sbenar benarnye..kite ni..xske org surh,sbb kite tau..kite akan buat jugak ! :D)


sape tak suke rumah yg bersih kan..opcos la suke rumah yg bersih dan kemas ! ^^,
ruang tamu umah ana ~ luas dan kemas !


~dapur yang kotor
ana suke memasak dan lebih suke mengurus dapur daripada ruang tamu..:)sbb masak ni adalah perkara yang mudah..tinggal kite nak blajar je kan ? so..bile ade kat dapur..ana tak suke pinggan bertimbun memenuhi ruangan singki..ohhh tidakkkkk ! itu paling ana bengang...jadi..utk fmily2 ana..deme tau..kalau lpas mkan..deme akan basuh pggan atau cawan yang digunakan..paling koman pun..ade la sbijik dua pnggan dalam singki..xpe..ana bereskan..:D even tgah2 mlam pun..kalau time2 ana on9..tbe2 lapa or dahaga..ana g dapo..pnggan bnyak..automaticly..on the double..ana bereskan..ana tak ske singki penuh..huhu.ana jugep tak suke kalu lantai dapur itu berhabuk atau berpasir..sbb ana alah dgn habuk..jadi..ana akan sapu..org tua2 kate.."sapu tengah malam boleh bwak bala" ? ape tu ? huhu..bagi ana..ana pegang ape yg nabi kate..'kebersihan separuh daripada iman" ~ jangan suruh ! ana akan buat ! ana suke memasak,jadi..ana akan ade kat dapur time mak msak..usya2 care mak masak..dan ana cbe..akhirnya..alhamdulillah..ana boleh la nak kate "boleh masak" xdela kategori "pndai masak":D apepun..skit2 dlu..lame2 dpat la label "pandai masak' :)


bereskan singki pinggan disingki lebih ana suke dari berkebun ! huhu


lantai dapur tanpa habuk dan pasir ! ^^,
berkebun,mengemas,memasak,menyidai ,melipat..smua keje suri..@ utk kite2 ni..anak dara..:D jadi..untuk antunna2 yg tak minat wat smua2 ni..pupuk2 lah mnat anda..kerana suatu hari nanti anda akan bergelar suri rumah..:) same ade cepat atau lmbat je kan...:D preparing dari awal...huhu utk seterusnya..ana rase dah out off topic..jom2..


mak : angah, mak nak duk kat cameron la..boleh mak cari punca pendapatan mlalui berkebun..dah la atas sane tu kwasan tanah subur kan..kite duk di cameron nak ?


ana: ouh..kalau cameron angah nak aje makkk..bestnye! pakai sweater sokmo..! sejukk je..nyaman je..jom2 angah nak ! ^^,


mak: mak mmg nak duk sane..:) tapi jangka masenye mcm lmbat la ngah..bukan senang nak dpat umah,,nak dpat keje..tgok lah macam mne..


ana: hm..tu la kan..tapi kalau dpat duk sane..mmg sonok dah..takyah melancong mane..jale situ jah..:)


jika dtakdirkan dup di cameron..sweater nilah yg pertama yg akan ana pakai ! :D
mak ana dah ade kat dapur dah tu ! nak ke dapur ni..masak utk mkan tengahari~ apepun..entri ni cincai2 je..len hari..kite jmpe kat entri laen ye..ok..salam mahabbah utk smua ! :D

Friday, March 18, 2011

UCAPAN SALAM DALAM BAHASA KOREA II ( 인사 표현 )

assalamualaikum warahmatullah~ jumpe lagi kite dalam entri pendek ni..:) ana ade copy ucapan salam dalam bahase kore ni..(aku nda ta'asub ya..hehe) jadi..same2 leh kungsi..tak slahkan kite blaja mcm2 bahase ? jadi korea la ana pilih ! b.arab ? b.arab utama..tapi..kali ni..kite kongsi korea..:)
ada ucapan-ucapan seperti ini :
-맛있게 드세요 ( masitge deuseyo ) ” selamat menikmati ” .
잘 먹겠습니다 jal meokgessseumnida ) ” terima kasih “. diucapkan untuk menyampaikan terima kasih sebelum makan, yang arti sebenarnya ” saya akan makan dengan nikmat “. namun bila ucapannya setelah makan, maka menggunakan  istilah : 잘먹었습니다 ( jalmeogeossseumnida ) arti yang terkandung sama, yaitu  ” terima kasih ” .
-Ketika kita makan, lalu ada orang lain datang, ucapannya adalah ” 식사 하세요 ” ( siksa haseyo )  artinya silahkan makan, dan biasanya jawabannya adalah : 많이 드세요manhi deuseyo )  ” makanlah dengan banyak “.
8. Saat  memberi ucapan selamat ( 축하할 때 )
Sebenarnya banyak ucapan selamat dalam bahasa Korea, ucapan itu semua menggunakan kata …..립축하 드니다chukha deurimnida ) atau  축하 합니다 (  chukha hamnida ) ” Selamat….. ”  misalnya “ 생일 축하 합니다 ( saengil chukha hamnida ) selamat ulang tahun . 결혼 축하드려요 ( gyeolhon chukha deuriyeoyo ) ” selamat menikah ” dan masih banyak yang lain seseuai dengan situasinya. Untuk yang mau lebaran, bisa juga diucapkan hari lebaran ” 단식 축제 일 축하 합니다 ( dansik chukje il chukha hamnida ) ” selamat “.
9. Mengucapkan terima kasih ( 감사할 때 )
Uucapan untuk menyampaikan rasa terima kasih adalah  감사합니다gamsahamnida ) ” terima kasih ” bisa juga 고맙습니 gomapseumnida ) atau bisa lebih informal 고마워요 ( gomawoyo ). Kalau dengan teman sendiri atau yang lebih sedikit usianya bisa 고마워 ( gomaweo ) atau cukup 고맙다 ( gomapda ) .
10. Ucapan  meminta maaf ( 사과할 때 )
Sedangkan bila kita melakukan kesalahan atau merasa perlu untuk meminta maaf diucapkan -죄송합니다 (joesonghamnida ) atau 미안합니다 ( mianhamnida ) , sedang informalnya bisa cukup  미안해 (  mianhae ) .Untuk menjawabnya digunakan kata 괜찬습니다 gwaenchanseumnida )  ” Tidak apa-apa ” atau cukup 괜찬아.. gwaenchana. ) untuk informalnya
11. Ucapan  saat tahun baru ( 새해 인사 )
-새해복 많이 바드세요saehaebok manhi badeuseyo ) ” selamat tahun baru ” dari artinya ” semoga engkau mendapatkan banyak kebahagiaan ditahun baru “. ini biasa diucapkan waktu tahun baru 1 januari atau tahun baru imlek. Sedang orang yang lebih  tua mengucapkan  새해복 많이 받아..( saehaebok manhi bada ) kepada yang lebih muda sebagai jawabnya.
12. Ucapan Akhir pekan ( 주말 인사 )
Saat akhir pekan kita sering ingin menyampaikan ucapan dalam bahasa Korea, maka bisa disampaikan : 주말 akhir p잘 지내세요( jumal jal jinaeseyo ) atau -좋은 주말 보내세요. ( joheun jumal bonaeseyo ) ” selamat ekan”.
13. Ucapan ketika di Toko ( 가게에 있을 때 )
Ucapan ini biasa kita dengar kalau kita berbelanja di toko, maka penjualnya biasa mengucapkan -요  어서 오세(eoseo oseyo ) ” selamat datang ” kemudian mengucapkan “ 뭘 도와 드릴까요 ( mwol dowa deurilkkayo ) ” apa yang bisa saya bantu ” . Kemudian kitamenyampaikan kebutuhan apa yang mau kita beli. Dan untuk menyampaikan terima kasih bisa disampaikan dengan -많이 파세요 ( manhi paseyo ) artinya sebenarnya “menjual lah yang banyak ” atau juga 수고하세요. (sugo haseyo ) maksudnya terima kasih dan selamat bekerja dengan baik
Walaupun bisa menambah sedikit, namun mudah-mudahan bermanfaat dan dengan senang hati bila ada yang memberikan tambahan ataupun koreksi.

koreanimages8
selamat belajar !

Thursday, March 17, 2011

Andai Isterimu menangis...

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya2!

* Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

* Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.

* Wahai suami2,jika seorang isteri pernah menangis krnmu, tolong pegang tangannya dng penuh pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

* Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jng menyia-nyiakannya. Mgkn, krn keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

* Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh ke dlm matanya. Dptkah kaulihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?


"Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada ALLAH SWT"


" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu ALLAH SWT menjawab...

"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya boleh memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya TERTAWA..

* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..


copy and paste :)

Tuesday, March 15, 2011

target DIA ke JORDAN (jami'ah mut'ah)

"bzzzzzzz" one message received ! untuk DIA..
ana : ouh ye, kalau nak smbung JORDAN jami'ah ape nak amik ?
Dia : ana amik jami'ah MUT'AH ..sbb kak sulong ana blajar situ..kos pun murah kat situ..:)
ana : ouh ana tau ! ^^, ana ingat nak pi jami'ah yarmouk..apepun.."hidup baik2 dinegara orang,letakkan dunia hanya ditanganmu..bukan dihati..:)" olweys prays for you..:D

jom tinjau2 macmmne MUT'AH..:)

mut'ah ~
mcam biasela..ana cari maklumat kat google..curi2 gmba dlam blog org..hehe..jom usya lagi..

jami'ah mut'ah dari atas..:)
aishh~ bile tgok2 balik..rase nak gi JORDAN..hehe..takdelah..tapikan..kalau dah Allah nak letak tang ni..tang ni gak la ana dupp..apepun..doalah yang terbaik untuk ana..:)

islamic studies area mut'ah
indah btul area MUT'AH..ya Allah..nak pergi..:)

gerbang jami'ah mut'ah
matabah jami'ah mut'ah ~
*besanye..nak cari DIA nnti..sesat la..hehe*
fakulti syariah
kalau DIA amik bidang syariah sini la tmpatnye...tgok time musim sejuk..kabus tebal maaa~

teballllll ~ fakulti syariah
mcm2 musim ade sni.tak kire la musim sejuk ke..panas ke..luruh ke..bunga ke..kuliah tetap kena gi..huhu~

bumi syuhada MUT'AH

pintu masuk fakulti syariah..:)

yang ni je ana dapat tntang MUT'AH ..sbenarnye..bnyak lagi..tapi..ckup la sekadar ni..sekurang2nya..ana dah tgok mcm mna MUT'AH JORDAN..walaupun hanya dalam gambar..:) alhamdulillah..

Moga DIA berjaya di sana ! :)
created by: wahidatul akmar@ khazinatul asrar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...