Rajin baca la , drop coment yau !


About Me

My photo
Wahidatul Akmar Ahmad Kamal . Pendosa yang tidak pernah alpa untuk memohon Cinta DIA . Moga Allah Redha Jalanku . Moga Allah Paut Hatiku . Moga Allah Sudi Dekat Denganku . Walaupun aku Pendosa , namun aku yakin , harapanku selalu ada :) Allah , Iringi setiap derap langkahku . Moga Ianya Penuh Redha ^^

Sunday, January 1, 2012

Perlukah aku mencarinya ?

Assalamualaikum warahmatullah . . setelah sekian lame ana tak

 posting . hari ini , ana nak kongsi dengan para muhadhir blog ana

yang tak seberapa ini satu kisah yang insyaAllah . ..boleh kita 

jadikan satu pengajaran untuk semua . ana pun nak edit2 blog ana 

yang penuh dgn baby ni jadi baru . . buh baby ni nmpak sngat 

mcam tak sabar nak ank ? eh btul ke ? ehehe ~ ^^ memey la kae . . 

tp lmbat lagi . .tggu la kan . .insyaAllah ade rezeqi smpai masa . 

.dpatlah :) mari kita muhasabah sama2 :')


Bismillah ~

Benarlah hidup kita ini beredar mengikut arus masa yang dilingkar 

kuat dengan sunnatullah . mudah bicara ,jangan mengata lebih 

tentang orang lain kelak jadi atas diri kita . setiap apa yang Allah 

aturkan sudah pasti mempunyai hikmah tersendiri yang kita sendiri 

tidak tahu apakah dia . ujian keatas hamba adalah fitrah manusia itu 

sendiri dijadikan. Setiap ujian yang diberikan telah diintai rahmat 

sekian lama .Sengaja dia tidak mahu menunjukkan diri kerana dia 

dipegang oleh ilah untuk menguji tahap keimanan setiap 

hambaNya. Siapa kita untuk menyeru rahmat itu tampil ? kita 

bukan siapa-siapa untuk meminta Maula mempercepatkan 

kemunculan rahmat dalam hidup kita. Siapa pula kita di mata Allah 

? perlulah dinilai sendiri. Jangan kita sangka orang dah menunaikan 

haji , dah solat cukup , dah zikir sentiasa , dah buat baik . .kita ni 

mulia di mata Allah . tak semudah yang kita sangka hanya dengan 

buat semua perkara tersebut ,kita dah cukup perfect dan sempurna. 

Ingat ! sesungguhnya orang yang melampaui batas itu adalah orang 

yang merasakan dirinya cukup. Boleh jadi apa yang dilakukan tidak 

akan dilakukan lagi pada suatu masa yang akan tiba waiyya 

na’udzubillah .. sekadar renungan dan ini berkait rapat dengan 

kisah hidup ana yang telah ana lalui penuh dan sarat dengan ujian . 

Namun persangkaan ana pada Allah itu lebih utama. Persangkaan 

Allah terletak pada persangkaan hambaNya . bersangka baiklah 

kerana Allah itu maha tahu apa yang direncanakan . J


Perlukah aku kepada seorang ayah ?

Bila antum baca soalan ni . mesti antum akan rasa pelik . eh ? yeke 

? tak pun rasa macam ana ni seorang yang derhaka ? macam tu ya ?  

tak mengapa , pandangan manusia sememangnya berlainan bukan ? 

jadi disini ,ana ulang semula soalan tadi .’perlukah aku pada 

seorang ayah’ ?

Sememangnya kita perlu bukan ? tanpa ayah ,bagaimana kita boleh 

jejakkan kaki ke dunia Allah ini.Tanpa ayah juga kita tidak akan 

dapat bersekolah mencari ilmu maula . Ya , ana sayang ayah ana, 

sungguh ana rindukan usrah ana berkumpul semula bersama.Tetapi 

,ana mengharap benda yang ana sendiri tidak pasti kesudahannya. 

Apakah ayah akan balik semula ? apakah ayah merindui isteri dan 

anaknya ? persoalan itu juga sudah lama bermain di benak fikiran 

ana dan masih tidak menemukan jawapannya. Masih bisa ana dapat 

jawapannya ? InsyaAllah kan ? Allah itu tahu keperluan hambanya. 

Fitrah manusia saling berkasih sayang ,memerlukan sebuah baitul 

muslim sejati .ana yakin ! Allah itu sedang mengatur jalan indah 

untuk kehidupan ana yang akan datang. Meskipun tanpa ayah disisi 

, tanpa mak yang jauh  dari ana , tanpa adik-adik yang telah diasuh 

oleh insan mulia yang mengharap redha Allah , tanpa seorang 

abang yang bakal menjadi waliku , tanpa keluarga . Aku menyusur 

jalan kesyurgaMu ya Allah . maka kau izinkanlah . Terus tabahkan 

hatiku menghadapi segala ujianMu ~


Bagaimana ayahku ?

Ana adalah antara anak perempuan yang rapat dan manja dengan 

ayah .Panggilan sayang itu kadangkala menjadi gelaran untuk ana

dari ayah.

Indah bukan ? ayah seorang yang sangat arif dalam ilmu 

agama.tambahan lagi since ana umur 10 tahun , ayah bawa ana dan 

adik beradik yang lain menyertai kelas pengajian pondok di 

puchong.Ayah rajin menunaikan solat , tidak kiralah fardu atau 

sunat.ayah adalah anak murid yang paling disayangi ustaz yahya 

.Ustaz yang mengetuai pengajian pondok ana . kelas pondok yang 

ana sertai setiap pada hari rabu dan bertalaqqi kitab miftahul 

muhtadi , sairus salikin , kitab tasawwuf dan bnyak lagilah .ana 

bukan tahu sangat . .maklumlah masih mentah dan focus tu kurang 

 . .tetapi sikit demi sikit ana belajar . . ana menuntut .. 

Alhamdulillah , bila ana melangkah ke alam persekolahan 

menengah , ilmu itu boleh dipraktikkan dalam pelajaran yang ana 

belajar disekolah tersebut . Pendidikan awal ana bermula disekolah 

menengah agama(arab) yayasan khairiah kupang baling kedah . 

sewaktu itu , ana bersama keluarga menetap di shah Alam subang 

impian.serius ana katakan , kehidupan kami pada waktu itu 

sangatlah bahagia , ditambah pula dengan ayah ana membuka kelas 

pengajian kitab pondok yang ana juga belajar di talaqqi .Emak 

pulak mengajar anak-anak kawasan taman itu mengaji alquran dan 

iqra’.Selain daripada mengaji di pondok secara talaqqi , emak ana 

juga ada mengikuti kelas alquran di Kuala Lumpur bersama opah . 

MasyaAllah , sungguh ana bahagia saat ini. Pelbagai ilmu agama 

yang ayah emak sampaikan pada manusia disekeliling kami.Ana 

rasa sangat-sangat bersyukur punya keluarga yang sangat bahagia 

dan harapan ana pada waktu tu , agar ianya kekal sampai bila-

bila.Abang ana pula waktu itu adalah pelajar cemerlang antara 

semua pelajar. Nikmat Allah bagi pada keluarga ana sangat-sangat 

berharga bagi ana.


Peluang pekerjaan yang banyak mengaut keuntungan .

Sepanjang ana mengaji talaqqi di pondok , ayah ,emak ana dan adik 

beradik banyak didedahkan dengan islam , tauhid , tasawwuf , dan 

ilmu feqah . Pada masa yang sama juga , ustaz Yahya ada 

menjalankan bisnes ‘LINTAH’ .Entah lah , pada mulanya ana agak 

pelik dengan bisnes ni , tapi bila ana diberikan pamplet kebaikan 

lintah , baru ana tahu apa yang penting sangat lintah ni. Bermula 

dengan ubat-ubatan dan minyak-minyak lintah telah dipasarkan 

hasil dari pemprosesan syarikat ustaz yahya dan anak buahnya 

dimana adalah anak didiknya sendiri.Ayah pula sedikit demi sedikit  

mengumpul modal dengan cita-citanya untuk membuka sebuah 

syarikat . Ana hanya melihat dan ingin kan ayah Berjaya denga 

impiannya. Akhirnya !  Berjaya ayah buka sebuah syarikat dan

syarikat tersebut diberi nama dan didaftar , iaitu Bismi Baroqh 

Enterprise yang terletak di taiping perak. Sewaktu itu ana beumur 

14 tahun dan sepanjang tahun itu keluarga kami hidup

senang.Senang itu bukanlah bermaksud terlalu senan kan , tetapi 

jika ada apa2 yang diinginkan , InsyaAllah dapat . acam itulah 

diibaratkan

Disebalik semua yang ana ceritakan ini , ana pada waktu ini masih 

dalam golongan manusia yang tidak tahu menutup aurat dengan 

sempurna. Ana tahu apa hukum tutup aurat , tapi ana tak buat pun 

benda tu . jahil kan ? astaghfirullah , hanya kepada DIA ana 

memanjatkan keampunan atas dosa-dosa ana yang lalu. Mungkin 

hikmah itu muncul setelah ayah ditimpa ujian syarikatnya telah 

mengalami kerugian yang sangat besar dan bakal jatuh . 

MasyaAllah !

Rasanya tidak perlulah ana ceritakan lagi apa yang berlaku kerana 

pada tahun setahun yang lepas telah ana postkan tentang ini.


Apa jua Bala bencana singgah menerpa , menguji jauh 

mananya sabar kita , mungkin selama ini kita terlupa . .

Segalanya mungkin berlaku atas kealpaan keluarga ana dalam 

mentaati perintahNYA , mengikuti sunnah KekasihNya . bukan 

sahaja mak ayah ana , malah ana sendiri alpa . Ayah mula berubah , 

begitu juga emak , tak terkecuali abang ana . ana mula belajar 

betapa Allah itu sangat sayangkan hambanya .Menguji kita , kerana 

itulah tarbiyah atas kehidupan kita yang disalut cecair kejahilan 

,Kerana itulah wasilah untuk kita lebih menghampirkan diri kita 

kepada Allah .Tapi ianya tidak ada dalam fikiran keluarga ana , 

waktu itu ana rasa sorang-sorang . tidak punya kekuatan dan terasa 

sangat keseorangan .MasyaAllah ~ ternyata rasa ana tu jauh sangat 

silapnya sebab ana ada Allah .. J ada insan kesayangan ana , ada 

sahabat ana .. jadi ana tak keseorangan ~ :’) itulah anugerah Allah 

pada ana da nana tak akan mensia2kan ia . .

Kepada merekalah ana selalu meluah cerita , rasa sedih , rasa 

gembira . . dan apa sahaja rasa ana akan cerita pada mereka . . 

bukan tidak mahu mengutamakan Allah , tetapi Allah terlebih 

dahulu sudah mengetahui apakah cerita yang ana akan sampaikan 

pada sahabat dan kesayangan ana.Disaat mak ayah dan abg jauh 

dari ana , ana cube sefikrahkan fikiran ana dengan fikiran adek ana 

yang tersayang ,iaitu shahidatul Asyikim , Alhamdulillah ikim mula 

faham kenapa ianya terjadi atas keluarga kami , persangkaan dia 

mula berubah sedikit demi sedikit atas curahan nasihat dan tarbiyah 

dari ustazah rahmah .Dialah satunya kekuatan keluarga yang ana 

ada untuk membimbing semula mak ayah

Dan abang ana .:’)


Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya , Maka diberi 

sedikit ujian ~

Dari tempoh awal tahun tingkatan 4 sehinggalah sekarang , 

segalanya masih belum ternoktah meskipun ana meminta Allah 

menoktahkanNya , siapalah ana hendak menggesa ilah ~ ana redha 

dan terus jalani kehidupan 

meskipun ianya sarat dengan pelbagai ranjau ,mehnah dan 

trebulasi.Senyuman ,gelak tawa dan senda sentiasa ada pada diri 

ana . Bukan lari daripada masalah , tetapi ingin memujuk hati agar 

tidak terlalu memikirkan . Lagi pula ana akan menghadapi 

peperiksaan SPM pada tahun 2011 .. ana perlukan tumpuan lebih 

dalam belajar. Kebanyakan dan majoriti kawan-kawan ana tak 

mengetahui apa yang ana hadapi.tidak mengapa mereka tak tahu , 

ana tidak ambil pusing sama sekali , cukuplah sahabat-sahabat ana 

sahaja yang tahu.Perkara yang paling tidak boleh ana lupakan 

apabila ana dikejutkan dengan panggilan daripada emak sewaktu 

emak berada di Cameron Highland Pahang . keluarga ana baru 

sahaja berpindah ke ‘atas’ ..jadi bagi ana biarlah kami semua 

memulakan kehidupan baru di sana.Tapi itulah , hati isteri mana 

yang sanggup menahan perasaan apabila suaminya ‘bergayut’ 

‘berSMS’ malah mengucap rindu pada wanita lain ? jika ana berada 

di  posisi mak ana , pasti ana juga tidak sanggup , cop ! disini bukan 

ana menentang poligami , tetapi ana menceritakan tentang seorang 

lelaki yang ingin berpoligami tetapi tidak tahu bagaimana poligami 

dan apakah tanggungjawab dia semasa berpoligami . Ana tak kisah 

kalau ayah nak kahwin lain jika emak ana tak dpat bagi anak pada 

ayah . Ana juga tak kisah kalau ayah kahwin lagi atas sebab mak 

meninggal .Tetapi , mak dah beri ayah ramai zuriat , mak dah 

tunaikan apa yang ayah nak ~ apa lagi ? ana sendiri tak tahu .. 

dipendekkan cerita , emak meninggalkan Cameron Highland turun 

ke sekolah ana Ma’ahad Al ehya Asshariff untuk bertemu sumber 

kekuatannya . siapa ? Anaknya~ ana , ikim ,najwa .. luqman 

terpaksa berhenti sekolah atas sebab kekurangan sumber 

kewangan.Ana diterangkan oleh emak tentang ayah dan emak 

menceritakan ketidak ketahuan ayah yang emak turun perak. Ana 

redha dengan cerita yang disampaikan emak. Emak kurus cengkung 

, habis semuanya ayah hancurkan. Emak susah hati , makan hati 

sampai jadi kehilangan semangat dan kekuatan . Ana sebagai anak 

? terus menerus memberikan emak semangat dan kekuatan . “sabar 

emak , ada hikmah Allah aturkan segalanya . . mak dekatkan diri 

mak pada Allah ~ disitu ada ketenangan “ teguran pertama yang 

ana berikan pada emak selama ana menjadi seorang anak .Emak 

mengangguk lemah .


Mehnah dan trebulasi bergelar Hamba ~

Pada hari kecemerlangan tahun 2011 , ana mendapat anugerah 

pelajar terbaik top 3 dalam tingkatan 5 , dan juga tokoh keimpinan 

di Ma’ahad Al Ehya Asshariff . Ana hubungi ayah untuk khabarkan 

berita gembira tersebut . sekali ana dail , tak dijawab , kali kedua 

,masih tidak berjawab , Kali ketiga ? ana hampa ,,juga tidak 

berjawab . Ana sedih . . lantas dail bimbit emak ,

“ Assalamualaikum mak , angah ni . .” nada ana sedih .

“ Wa’alaikumussalam ngah , hm mak tahu … “ suara emak juga 

terkandung beribu malah sarat dengan kesedihan.

“ mak , angah dpat anugerah .Besok berlangsung majlis 

kecemerlangan.” Ana terus bagitahu tujuan ana menghubungi emak 

kerana hampir kehabisan duit syiling .

“ hm , mak dah ajak ayah , tapi ayah tak nak pergi la angah , sibuk 

katenye “ balas emak .terdengar keluhan suara ayah dibelakang . 

hati ana terluka atas sebab ayah ana bersifat demikian.

“ Hm , tak pelah emak kalau tak boleh . angah bagitahu je .” ana 

meluahkan yang terbuku di hati , memang setiap kali hari Anugerah 

,mak dan ayah tidak pernah datang kerana sibuk bekerja .

 “ eh ngah ! “ mak mungkin tahu kesedihan ana.

“ tak apelah ngah . . mak datang , mak datang naik bas . ayah kau 

taknak hantar “ sambung emak lagi . sekali lagi hati ana sakit . 

Terluka !

“ eh , menyusahkan emak je .. tak apelah mak , tak datang pun tak 

apelah . . “ ana menggirangkan suara .

“ tak pe ~ mak datang ~ “ mak menegaskan .

“ hm, ok lah kalau mcam tu . . mak hati-hati lah tau . . angah 

tunggu ~ “

Ana balas . mak hanya mengiya dengan perkataan ‘hm’ . .

Sungguh sebenarnya ana tidak mahu menyusahkan emak , kalau 

boleh . . hendak sahaja ana halang kedatangan emak ke majlis 

tersebut  ,namun setelah emak menegaskan , ana tak kisah lah . . 

hanya mendoakan emak selamat tiba.Keesokannya ~

“ wahida , mak dah sampai ! “ Abdul Fitri memberitahu ana 

sewaktu ana sedang leka berborak dengan sahabat.Dunia ana 

bagaikan terhenti .Seronok tidak terkira . mata ana terus melilau 

mencari kelibat emak. Tak ade pun ~

“ wahida , dekat sana ~ “ kata Abdul Fitri . terus ana menuju ke 

arah yang ditunjukkan oleh fitri. Alhamdulillah . . waktu itu mak 

ana datang dengan abang ana. Ade lah teman emak kan . . ana tak 

risau sangat ~

Hari kecemerlangan itu berjalan lancar . seolah-olah dalam dunia tu 

, ana lah yang paling bahagia ,meskipun hati ana masih terluka . 

Luka itu entah bila akan sembuh. Ana sendiri tidak pasti .


Masih belum ternoktah .Tetapi Allah tahu kapan ianya akan 

ternoktah .Aku serah padaNya .

Kini , ana sudah habis Spm .. 3 tahun berlalu pantas . segalanya 

mendewasakan ana dalam menempuh liku kehidupan . Ana 

merancang dengan cita ~ tetapi Allah lebih maha tahu dalam 

merancang kerana DIA merancang dengan cintaNYA . cintaNYA 

yang bakal menunaskan bibit kebahagiaan dan ketenangan 

insyaAllah ~ Perjuangan ana dalam mentarbiyah diri terutamanya . 

. mentarbiyah keluarga yang kini jauh dari pandangan ana . 

Kekanda dan Adinda ana yang kini masih lagi dijaga oleh keluarga 

‘Sahibul Fadhilah’ .. syukur ana ucap .. Alhamdulillah . . masih ada 

keluarga yang mengharap redha Allah . semoga rahmat sentiasa 

menaungi keluarga mereka .Ana sayangkan mereka .:’)  Ana 

mengharapkan keputusan peperiksaan ana baik dan cemerlang 

ameen ~ ana juga mengharapkan doa dari muhadir blog ana agar 

ana sentiasa tabah . Doakan hati ana kuat ! Sungguh Ana amat-

amat merindukan jama’ah keluarga ana. Moga Allah menyatukan 

kami semula bersama ikatan cinta . Bawa kami ke SyurgaMu ya 

Allah ~



Tinta Buat Keluarga Tercinta


Buat Ayah ~

Buat pengetahuan ayah , angah tidak pernah membenci ayah 

jauh sekali melupakan ayah .Pengharapan angah masih 

menggunung utk tunggu ayah balik pada kami . Allah itu maha 

adil , Hukum alam ini sentiasa berputar ayah , jangan kerana 

sesuatu musibah menimpa kita , ayah terus menyalahkan orang 

lain .sebaliknya tenung apa yang kita lakukan .Mungkin ada 

yang tidak selesai antara kita dengan Allah . Tidak ada ujian 

yang Allah beri tanpa kebaikan ~ segalanya sudah tertulis di 

balai penghadapan tuhan agama langit untuk menguji tahap 

keimanan kita uga untuk memberi khabar gembira untuk kita. 

Semoga Allah membuka pintu hati ayah ~
Nukilan untuk emak tercinta . .

Kekuatan angah ada pada emak , mak kena kuat untuk angah 

kuat sama ,

Ingat Allah itu selalu ada untuk kita dan tidak pernah 

tinggalkan kita.Biar kita lelah sekarang untuk mencapai 

bahagia pada masa akan datang . Angah tahu emak sunyi ~ 

tetapi percayalah , taqdir ilah yang menentukan segalanya . . 

taat pada DIA kerana dialah yang memberi kita jalan untuk 

terus Hidup ~ angah sayang mak ~

Buat adinda dan kekandaku ~

Tabahlah sayang ~ kita sedang diuji hebat oleh Maula . . sebab 

Dia sayang kita . Kesusahan kita bukan penghalang ibadah kita 

padaNYA . . terus bersujud dalam mentaatiNYA . . percayalah 

bahawa Allah menjanjikan kita ketenangan dari syurga . . 

angah perlukan abg dan adik-adik angah untuk terus kuat . . 

moga perjalanan kita selamat tiba ke destinasi abadi ..;’)
Penjaga ayah dan emak ~

Dendam kesumat adalah racun hati . Jangan disimpan lama 

kelak akan mengotori hati yang fitrahnya Allah jadikan ia suci 

. .Maafkan mak dan ayah kerana menyakiti hati tokwan dan 

opah . .Lebih baik tersalah ampun dari tersalah hokum ~ 

kekayaan hati terletak pada hati yang mampu menahan marah 

dan memberi maaf ~


Sesungguhnya tiada apa yang Allah tentukan tanpa hikmah . Sabar 

itu perlu menjadi  perisai utama dalam hati kita untuk menghadapai 

segala mehnah dan trebulasi kerana sedarlah ! kita hanyalah 

seorang ‘Hamba’ . dan taqdir itu terletak dihujung usaha hamba ~ 

:’) syukran lillah . .wasalam ~

1 comment:

  1. masyaALLAH..terharu bca.ngn muziknya sayu.indah khdpn kamu ya shbt yg di muliakn ALLAH SWT..Sabda Nabi SAW:al-mar'u ma'a man ahab(rwyt Imam Bukhari).ssorg itu akn brsma dgn org die cintai..insyaALLAH kamu akn brsma ngn kluarga kamu abadan abada..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...