Rajin baca la , drop coment yau !


About Me

My photo
Wahidatul Akmar Ahmad Kamal . Pendosa yang tidak pernah alpa untuk memohon Cinta DIA . Moga Allah Redha Jalanku . Moga Allah Paut Hatiku . Moga Allah Sudi Dekat Denganku . Walaupun aku Pendosa , namun aku yakin , harapanku selalu ada :) Allah , Iringi setiap derap langkahku . Moga Ianya Penuh Redha ^^

Wednesday, March 27, 2013

Kerana Engkau Harapan Ummah ^^


* بسم الله الرحمن الرحيم *

Bila Allah Beri Kita peluang Untuk mencari ilmunya ,
Maka bersungguhlah Untuk menerima apa dari mana sudut sekalipun ilmu yg datang. 
:) 

Allahu Rabbi .
Terasa sangat rindu untuk berada dalam Kampus Tarbiyah .
Rindu Ingin Berada dalam Bulatan Usrah .
Rindu ingin mendengar tazkirah .
Juga Rindu ingin memberi tazkirah .
 Allahu Allah :)

Bila pula kelompok halaqah akan Di ketuai aku Untuk Zikrullah ? ^^
Rindu .Rindu .Rindu .
Allah .
Genggam Taqdirku .Aturkan Ia , Mengikut PerancanganMu :)

Moga Ia Baik Dimasa Hadapan :)


* UNTUK BAKAL DOKTOR PADA UMMAH *

Mabrook .Tahniah .
Kepada Bakal Doktor harapan Ummah :)
Semoga Jalan Tarbiyah .Kerjaya. dan Dakwah Kalian Dipermudah .
Jalan Ini Penuh Mehnah dan Trebulasi .
Maka , 
Kuatkan Hati .Cekalkan Jiwa :)
May Allah Guide .
May Allah Bless.

untuk Kakak .
Nur Fadhleen Binti Mohamad Nordin .
Kakak saya bakal Doktor .
saya bangga dengannya .
dan , Saya doakan dia .
Berjaya Dunia dan Akhirat .
Menjadi Seorang anak yang membanggakan orang tuanya .
Menjadi seorang kakak yang Solehah .
Isteri yang Menyejukkan hati Suami :p
Dan 
Bakal Doktor Yang dibanggakan Ummah ^^



Taqdirku ?
Hanya Tuhan Yang Tahu :)

Dedicated To : Kak Leeng ^^

Monday, March 25, 2013

Setianya dia Seorang Sahabat ^^v


بسم الله الرحمن الرحيم ..

Cukuplah , aku zahirkan sayang dan cintanya aku pada dia ,
Seorang Sahabat :)
Melalui penulisanku .

Setia .
Bagi ku dia adalah seorang yang mengenal erti setia dan 
paling rela berkorban :)
Bermula dari menjejak Kampus Tarbiyah , 
Sehingga kini sudah menemui dunia kerjaya .
Yang Setia disisiku adalah dia :')

"demimu Ku rela" 

Kata-kata yang sering diungkapkan dan mengandungi sejuta makna .
Ada dia , aku bahagia .
ada dia , Tawaku ceria .
:)

Bukan tiada yang lain , tetapi dia yang paling setia .
Moga Allah sentiasa mempermudah Segala urusannya .
Memelihara Imannya .
Menguurniakan kekuatan dan kecekalan dalam hatinya .
Menemukannya dengan yang layak untuknya .
Tidak biarkan hatinya terluka .
dan , 
Menghadiahkan SYURGA untuknya .


Nama Diberi Siti Nurul Asma Binti Rusly 
Dilahirkan Di Hospital Besar Kuala Lumpur .pada 19 Disember 1994
Tarikh Pertemuan pada 07 Januari 2009
seorang yang Kuat dan Cekal ^^

Ukhuwah Kami ada Sinergi .
Persahabatan Kami ada Ithar .

Ukhuwah dan Ithar .

1 + 1 = 3 

Apabila Ukhuwah ini dihubungkan dan berpaksikan Iman .
Segalanya Menjadi Luar Biasa .

Persahabatan dan Sinergi :')


Meski Gurau Senda , Gelak dan Tawa kami kasar dan kadangkala mengguris rasa .
Namun , Rasa itu tidak disimpan . .
Biar hanyut dibawa masa .
Terbang dibawa angin .

Cinta itu kami utama.
Persahabatan itu kami semat pada atma :)

Ukhuwah Kita .
Sampai Syurga ^^



Dia .. yang bernama .SAHABAT :)



Jalan kita ?
Biar Allah Tentukan .
Moga Jalan kita Ditaburi Redha dan dipenuhi Hikmah .

Siti Nurul Asma .
Wahidatul Akmar .

Cinta ke Syurga :)

Sunday, March 24, 2013

Siapa Tahu Aturan Tuhan ?


Bismillah .
Kembara Seorang Dai'e.

Assalamualaikum .Keifa Hal warga Blog ? Harap Sihat Hendaknya Bawah jagaan Ilah ^^ 
Rasa Lama sangat tak Buka laman sesawang yang dah bersawang-sawang ni . Berhabuk berkepuk dah blog ambe .akhirnya , mengambil kemputusan , Untuk gotong royong bersihkan BLOG ;p
Alhamdulillah .Allahu Allah .
Masih Dikurniakan kesihatan , akal yang sihat , Fikiran waras dan tubuh badan yang masih kuat
Untuk terus beribadah mengabdi diri pada tuhan sekalian Alam :) Allahuu Rabbi .
Bak kata penggulungan *penggulungan laluh , hee .
*membaiki Sejadah Iman Yang Terkoyak*

:)

* BILA DAKWAH ITU MEMANGGIL *

Alhamdulillah .Bila Minat kita itu pada benda kebaikan dan kepada Benda yang mengharap redha Allah
InsyaAllah Yang bermanfaat itu bakal hadir dengan sendirinya .
Panggilan dan Permohonan ana untuk mengajar di Kafa Integrasi Al-Amaniah dipermudah .
Tanpa Resume , keputusan SPM dan keputusan STAM , ana diterima Berkhidmat
di kampus tarbiyah tersebut .Jika Dahulu ana menerima pendidikan disitu ,
Sekarang ,ana mengambil alih tugas mendidik pula di situ .Allahu Allah .
siapa Tahu jodoh yang telah Allah tetapkan .:)

Bila hidup seorang , tanpa adik beradik dirumah memang sungguh mengajar erti BERDIKARI.
Sungguh ana tidak biasa duduk seorang diri , Diam tidak berkata , Sungguh Rasa kosong sahaja .
baru terasa *berharganya adik-adik* bila mereka ada :)
Masa begini akan sampai juga dan masa inilah akan mentarbiyah diri ana sendiri .
Bila terasa keseorangan , pengubat itu adalah solat , Zikir , munajat dan paling Mahal .
RINTIHAN pada TUHAN :)
Mujur lah Sahabat Sudi Pulang setiap hujung minggu jika tiada aral untuk menemani .

22 Mac 2013
Anak-anak murid selesai menduduki Ujian Prestasi .
Harapanku agar , mereka memperoleh keputusan yang baik .
Dan memperbaiki apa yang kurang .

Orang kata , Biar Tidak Pandai , Janji Akhlaknya terpuji .
Allahu Rabbi .
Benarlah .Jika pandai sahaja , tetapi Akhlaknya duduk di tahap bawah .
Kepandaiannya tidak akan terserlah .
Dengan Akhlak Yang Baik .Segalanya Pasti akan nampak Baik :)

Bukan mudah menjadi seorang pendidik .Bukan Mudah untuk mendidik .
Dalam mendidik .
Diriku Juga turut terdidik .
Terdidik dengan kesabaran dan Keikhlasan .

Mohon Doa agar segala dipermudah .
Dan dikurniakan kejayaan dalam melalui Taqdir Tuhan .

Taqdir itu Rahsia Tuhan :)


Alhamdulillah , Ini TaqdirNya ^^


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah ^^ Setiap Apa yang Allah bagi itu terselit sejuta hikmah .
Ianya menjadi Rahsia Tuhan .:)
Biarlah Ianya menjadi Sirr dalam Pengaturan Tuhan .
Yang Pasti Aku tidak pernah berhenti berharap .
Kerana Aku tahu , Allah lebih mengetahui
saat yang paling tepat untuk mengabulkan segala permintaanku .

Allah kadangkala , tidak memberi apa yang kita inginkan ,
tetapi beri apa yang kita perlukan .
Allahu Rabbi .

 شكرا لله .. رب يسر ولا  تعسر رب تمم بالخير 
... برحمتك يا ارحم الراحمين

Walaupun tidak dapat seperti mana yang diimpikan .Alhamdulillah .
aku redha dengan apa yang Allah tetapkan .
Dan sudah pasti Ianya datang dari Usaha aku sendiri :)

Start exam STAM 
16 oktober 2012 
Intiha Imtihan STAM 
23 oktober 2012

Sepanjang Seminggu Peperiksaan Bermula , Diserang Demam .Batuk Selsema .
Namun meminta Allah memberikan Kekuatan agar Dipermudahkan segala Urusan .
Meminta agar Allah menguatkan hati dan tenangkan Jiwa tanpa ada resah ^^
Alhamdulillah .Alhamdulillah .Wasyukur Lillah ;)

Sepanjang Study mengulangkaji menghafal dan mengingati segala pelajaran ,
tidak rasa seperti demam ,walaupun badan panas dan hidung berair .
sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang lain turut bertanya .
"larat ke wahida ?"
Hanya menghadiahkan senyuman dan terus kekal di tempat study .
Di dalam dewan peperiksaan .
Selawat itu sentiasa beralun , agar tidak lupa .agar tajam fikiran .
disamping itu , mengingati JIHAD baginda Muhammad Rasulullah ;)
JIHAD baginda lebih besar dan penuh dugaan dari JIHAD kami .
JIHAD nabi : peperangan menghadapi musuh .
JIHAD kami : hanya peperiksaan :)

Allahu Rabbi :')

Selesai sahaja peperiksaan .Hanya Tawakkal .dan selebihnya DOA :)
moga Natijahnya BAIK ;)


30 Januari 2013 

Menerima panggilan dari Ustaz Zahibi dan Ustaz Wafir .
Menitis air mata .
Alhamdulillah :')
Disertakan Dengan Ucapan Tahniah dan Saranan melanjutkan pelajaran 
dari Ustaz-Ustazah Dari Sekolah .
Jawapan ku .

"Insya Allah Ustaz , ada rezeqi , Ada la tempat sy sambung belajar :) "


Mendapat Pangkat Keseluruhan Jayyid Jiddan :')
Rezeqi Aku .
Hanya Allah Yang Tahu ^^


:) 
Mesej Dari Ustaz Zawawi .

Taklimat Mohon Belajar Ke Timur Tengah ( Jordan , Mesir , Morocco ) 
Sesi 2013/2014
Tarikh : 25 Mac 2013
Masa : 9.00 pagi .
Tempat : Dewan Besar Sekolah Izuddin Shah Jalan Sultan Azlan Shah Ipoh.
Keperluan : Cabutan surat Beranak .
Sijil STAM arab Original . Borang IPT mohon Al-azhar (diisi pada hari taklimat) 
RM 100 untuk terjemahan .

Tersenyum sahaja menerima mesej itu .
Rasa mahu .tapi mungkin tiada rezeqi .
Ada rezeqi Yang lebih baik pada Masa akan datang .
Mohon Doakan :) 

Ma'attaufiq wannajah pada Sahabat-sahabat yang bakal 
melanjutkan pelajaran kesana .

Yang ke Jordan , Ada rezeqi kita berjumpa pada masa akan datang :')


Mohon doa Kalian . .

Taqdir itu Rahsia Tuhan :)

Friday, February 22, 2013

Bahagia Itu Anugerah Tuhan


Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya

Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Alloh

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia


http://www.youtube.com/watch?v=80N79zZ7hV0


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...